Friday, March 27, 2009

Rimba Kepala Merah/Chestnut-coloured Laughing Thrush


Burung ini ditangkap gambarnya di Fraser's Hill. Kami khusyuk memerhatikan gelagatnya dan nyanyiannya juga sangat lantang dan kuat. Dalam gambar ini ianya sedang mencari makanan yang berupa ulat serangga yang banyak terdapat di daun daun pokok di puncak bukit ini. Ianya terbang berkumpulan 3/4 ekor dan terbang dari pokok ke pokok untuk bermain-main serta mencari makanan.

Saiz burung ini agak besar juga iaitu 27cm. Saya dapat melihat burung ini hanya di tepi jalan sahaja dan ianya jinak sekali di tempat habitat asalnya ini.


Wednesday, March 25, 2009

Bangau




Saperti perumpamaan Melayu yang menyebut, setinggi tinggi bangau terbang akhirnya akan hinggap di belakang kerbau jua. Mungkin kerbau sudah sangat kurang sekarang ini maka bangau terpaksalah mencari lembu pulak. Ulat2 makanan mereka memang tidak banyak bezanya dari ulat2 yang terdapat di belakang kerbau. Apa-apa pun bangau tetap memakan ulat dan ulat2 ini banyak terdapat dari badan lembu tersebut.

Namun dalam pemerhatian saya pula, sebenarnya ulat-ulat ini berterbangan dari rumput-rumput yang dimakan oleh lembu. Rumah ulat atau tempat ulat mencari makan telah diganggu oleh sang lembu maka berterbanganlah mereka. Di sinilah sang bangau akan menunggu dan terus menangkap ulat2 tersebut dengan paruhnya. Itulah pun yang membuatkan bangau bersahabat karib dengan lembu atau pun kerbau.

Tuesday, March 24, 2009

Murai Gila Gunung/White-throated Fantail (rhipidura albicollis)


Burung Murai Batu memang banyak terdapat di puncak Fraser's Hill. Malahan ianya sentiasa bermain main serta mencari makan dipokok pokok di luar tingkap hotel. Di sekitar hutan dan ditepi tepi jalan memang sangat banyak terdapat burung ini berterbangan.

Saya terjumpa burung ini yang hampir melanggar kereta saya semasa saya meronda ronda sekitar jalan di Bukit Fraser ini. Saya memberhentikan kereta dan sempat memerhatikan gelagat burung ini. Kemudian saya ternampak dia terus menuju sarangnya dan memeram sebentar. Sarangnya pula, alahaiii kecillah sangat. Muat muat untuk punggungnya saja. Burung ini langsung tak kisah saya memerhatikannya dan juga menangkap gambarnya.

Sungguh jinak sekali burung-burung di sini. Malahan saya sempat menangkap gambar dua jenis burung yang sedang mengeram. Kalaulah di kampung saya, susah harap dapat peluang begini. Burung2 di sini sudah faham sangat bahawa manusia adalah sahabat mereka. Alangkah indahnya jika keadaan begini sama dimana mana sahaja!

Monday, March 23, 2009

Rimba Telinga Puteh/Silver-eared


Burung yang cantik ini adalah pertama kali saya lihat. Selain dari burung ini banyak lagi burung yang cantik2 saya temui di puncak Bukit Fraser ini. Dua hari suntuk saya berada di puncak ini habis dengan memerhati burung sahaja. Sangat indah serta amat seronok melihat mereka dalam habitat mereka. Mampu jugak saya menangkap gambar lebihkurang 10 specie burung2 bukit ini.

Bagi yang mempunyai anak2 yang masih kecil elok sangatlah mendidik mereka dengan meminati keindahan alam serta kehidupan binatang yang indah ini. Ianya adalah salah satu cara untuk motibetkan mereka. Hawa di sini sangat dingin dan seronok sekali untuk tinggal buat beberapa hari. Aktiviti yang ada cuma menikmati hawa dingin serta melihat lihat keindahan alam sekitar. Banyak terdapat bungalow orang2 kaya di atas ni.

Saturday, March 21, 2009

Selandor



Saya telah pergi ketempat sanctuary burung di Kota Bahru, Perak pada hari Ahad yang lalu dan telah melihat banyak jenis burung disana. Oleh kerana tempat itu banyak lombong2 tinggal maka banyaklah pula burung air yang menetap disana. Tidak kurang dari 10 jenis burung air telah saya temui dikawasan paya dan kolam ini.

Burung diatas ialah burung selandor atau juga dipanggil pucung putih oleh orang tempatan. Saya sangat bernnasib baik kerana dapat menangkap gambar burung2 ini dalam habitatnya sendiri.

Wednesday, March 18, 2009

Burung Hijau berbalong merah (purple galinulle)


Semalam saya pergi ke Kota Bahroe, Perak dan jumpa burung yang sangat menarik ini. Bulunya hijau dan kepalanya berbalong merah. Ianya dilihat berhampiran dengan kolam lombong dan jinak pulak tu. Dapat jugak saya memerhati dan menangkap gambarnya. Mungkin burung ni jenis burung air kerana ianya bermain disekitaran paya yang berair.

Bagi penonton yang melihat, pohon maklumkan kapada saya nama burung ni ya! Saya telah check dengan yahoo dan didapati nama burung ini ialah PURPLE GALINULLE atau nama saitifiknya porphyrio porphyrio.

Monday, March 16, 2009

Bebirek


Burung bebirek biasanya kita lihat di petang hari dan ianya terbang dengan riangnya serta bunyinya yang enak sentiasa meriohkan keadaan sekitar. Mereka terbang berselang seli dengan burung layang layang yang selalunya banyak sekali kelihatan selepas hari hujan. Ini adalah disebabkan dikala itu banyak ulat ulat berterbangan di udara dan itulah pun makanan kegemaran mereka. Burung ini sangat banyak terdapat di kampung kampung dan juga di pekan dan di bandar.

Burung ini sangat cantik dengan mempunyai bulu yang berwarna warni dan nyanyian mereka juga sangat indah didengar. Ianya tergulung dari kumpulan burung yang patut sangat di jaga dan dihargai kerana keunikan bunyi dan warnanya.

Burung bebirek ini juga dikaitkan dengan mitos dahulu kala yang ianya adalah anjing kepada hantu raya. Sekiranya pada lewat tengah malam kedengaran bunyi burung bebirek ini dalam satu kumpulan menyalak (bunyi nyanyian mereka) maka kononnya hantu raya sedang lalu di kawasan itu. Bebirek inilah sebagai body-guard hatu raya tersebut dalam mencari habuanya. Saya pun pernah mendengar bunyi burung bebirik ini semasa kecil kecil dahulu dan sudah pasti ianya sangat menakutkan. Begitulah cerita dongeng yang dibawa oleh orang orang tua dahulu kala.

Saturday, March 14, 2009

Punai Tanah/Green-winged Pigeon(chalcophaps indica)


Burung punai adalah termasuk dalam keluarga burung merpati (pigeon) jugak. Terdapat lebih-kurang 250 species yang diketahui manusia yang mana dua pertiga darinya terdapat di kawasan teropik Asia Tenggara iaitu daerah yang kita diami ini.

Keistimewaan burung ini ialah mereka menyidut (suck) minuman berbanding dengan burung2 lain. Ibu merpati menyusukan anaknya melalui mulutnya, ini juga adalah keistimewaan jenis burung ini dengan burung2 yang lain. Kebanyakan burung punai yang dijumpai dikawasan kita Malaysia ialah yang berbulu hijau dengan tompokan merah di dada mereka. Ianya sangat cantik dilihat serta mempunyai bunyi yang sangat menarik.

Gambar diatas ialah sejenis burung punai tanah yang selalunya mencari makan ditanah dan terbang sendirian walaupaun lazimnya mereka adalah berpasangan. Punai pokok yang selalu kita lihat pula terbang dalam kumpulan yang besar kadangkala sampai 20 ekor. Jenis ini memakan buah2an seperti buah dendulang, leban, beringin, senduduk dan sebagainya. Dagingnya memang sedap dimakan, maka sebab itu jugalah ianya cepat pupus kerana diburu oleh manusia.

Gambar di sebelah ini pula ialah sa ekor burung punai tanah yang telah mati akibat melanggar tingkap rumah anak saya di Alam Budiman, Shah Alam. Burung ini menyangkakan dia boleh terbang terus melalui tingkap rumah ini seperti beberapa bulan sebelumnya. Malang sekali ia tidak tahu bahawa rumah itu telah siap dan telah diduduki oleh manusia.

Monday, March 9, 2009

Ababil


Beginilah rupanya burung ababil yang saya perolehi dari rangkaian internet. Burung ini juga dipanggil namanya ababil di negara Benggali. Bagi negara Arab, ababil merupakan burung2 kecil sahaja. Ianya menyerupai burung layang layang yang cukup kita kenali di Malaysia.

Bagi kita yang berugama Islam, burung ababil ini sangat menyerlah kisahnya dalam Alquran. Allah subnawataala telah menghancurkan angkatan perang Abrahah yang berhasrat untuk merobohkan Kaabah dengan tentera bergajahnya. Allah telah menghantar ribuan burung ababil yang setiap saekor membawa batu yang berapi dari neraka dan melontarkannya kepada tentera Abrahah ini. Akibatnya tentera bergajah yang besar dan kuat ini telah hancur, seperti daun daun yang berlubang lubang persis dimakan ulat. Kaabah selamat namun Abrahah, saorang Raja Nasrani Abessinia dari Yemen dan segala bala tenteranya telah hancur lebur.

Burung ababil juga diambil sempena nama ini sebagai senjata perang Iran iaitu UAV (Unmanned Aircraft Vehicle) yang mampu membawa peluru berpandu yang berkuasa tinggi. Bagi kita orang Islam, burung ababil sememangnya layak sangat dikaitkan dengan nama pemusnah bagi musuh musuh ugama kita.

Wednesday, March 4, 2009

Murai Batu/Long-Tailed Sibia



Sejenis burung yang lincah serta menarik nyanyiannya. Seperti juga murai, murai batu dengan bezanya mempunyai ekor yang panjang. Ianya terbang berpasangan dan juga berkumpulan lebih dari dua ekor. Cara terbangnya pun adalah terencat rencat. Makanannya ialah serangga dan ulat ulatan yang terdapat dipokok pokok dan juga daun daun.

Oleh kerana kelincahan pergerakan dan juga bunyi yang menarik, burung ini sentiasa menjadi buruan penngemar burung untuk buat belaan. Burung ini dikawal dan memerlukan lesen untuk membelanya.

Gambar kedua dua ekor burung murai batu ini saya tangkap dari bilik hotel saya, Pine Resort di Fraser Hill.

Tuesday, March 3, 2009

Perling Mata Merah/Asian Glossy Starling


Burung hitam yang bermata merah ini memang sangat banyak ditemui disekitar bandar dan juga pekan pekan dan kampung kampung. Ianya pemakan buah2an dan dalam gambar ini kelihatan sedang memakan buah palma yang sedang ranum masaknya. Ianya ada 2 jenis iaitu berwarna hitam dan juga berwarna kelabu. Kemungkinan yang hitam adalah jantannya dan kelabu adalah yang betinanya.

Burung sebelah ialah yang jenis kelabu. Ia juga dari kumpulan burung hitam yang saya tangkap di hadapan Hotel Malaysia, Ipoh pada petang semalam. Yang saekor ini mungkin masih kecil dan baru belajar terbang dan tinggal bersendirian di tangkai buah pokok palma ini. Pada para pembaca yang budiman pohon maklumkan kapada saya jika kenal burung ini dan beri namanya sekali. (Thanks Tabib for the ID)

Monday, March 2, 2009

Enggang


Burung enggang atau pun 'hornbill' ada terdapat beberapa species di Malaysia. Ianya sebesar ayam dan mempunyai bunyi yang amat indah sekali. Ianya menyerupai gelak yang kuat dan amat nyaring srta boleh kedengaran dari jarak yang amat jauh. Bunyinya ialah, 'oot..oot..oot..ott..ah..ahh..ahhh...ahhh.ahhhhh..ahhhhhhhh..ahhhhhhh!'

Burung yang saya jumpa ini ialah jenis yang berwarna kuning parohnya dan bulunya pun banyak warna kuning juga. Ianya terbang sekawan dan hinggap diatas pokok kelapa ditepi jalan raya di Tapah, Perak. Kebetulan waktu hampir senja dan hujan renyai pula, maka hasil tangkapan gambar saya tidaklah begitu memuaskan.

Di kawasan hutan Temenggor ada dilapurkan melebihi ribuan ekor burung ini terbang dalam satu kumpulan. Malahan masih terdapat sangat bayak lagi burung ini di negara kita. Negeri Sarawak pula burung ini adalah menjadi lambang negeri tersebut.