Beginilah rupanya burung
ababil yang saya perolehi dari rangkaian internet. Burung ini juga dipanggil namanya ababil di negara Benggali. Bagi negara Arab, ababil merupakan burung2 kecil sahaja. Ianya menyerupai burung layang layang yang cukup kita kenali di Malaysia.
Bagi kita yang berugama Islam, burung ababil ini sangat menyerlah kisahnya dalam Alquran. Allah subnawataala telah menghancurkan angkatan perang Abrahah yang berhasrat untuk merobohkan Kaabah dengan tentera bergajahnya. Allah telah menghantar ribuan burung ababil yang setiap saekor membawa batu yang berapi dari neraka dan melontarkannya kepada tentera Abrahah ini. Akibatnya tentera bergajah yang besar dan kuat ini telah hancur, seperti daun daun yang berlubang lubang persis dimakan ulat. Kaabah selamat namun Abrahah, saorang Raja Nasrani Abessinia dari Yemen dan segala bala tenteranya telah hancur lebur.
Burung ababil juga diambil sempena nama ini sebagai senjata perang Iran iaitu UAV (Unmanned Aircraft Vehicle) yang mampu membawa peluru berpandu yang berkuasa tinggi. Bagi kita orang Islam, burung ababil sememangnya layak sangat dikaitkan dengan nama pemusnah bagi musuh musuh ugama kita.