Monday, March 9, 2009

Ababil


Beginilah rupanya burung ababil yang saya perolehi dari rangkaian internet. Burung ini juga dipanggil namanya ababil di negara Benggali. Bagi negara Arab, ababil merupakan burung2 kecil sahaja. Ianya menyerupai burung layang layang yang cukup kita kenali di Malaysia.

Bagi kita yang berugama Islam, burung ababil ini sangat menyerlah kisahnya dalam Alquran. Allah subnawataala telah menghancurkan angkatan perang Abrahah yang berhasrat untuk merobohkan Kaabah dengan tentera bergajahnya. Allah telah menghantar ribuan burung ababil yang setiap saekor membawa batu yang berapi dari neraka dan melontarkannya kepada tentera Abrahah ini. Akibatnya tentera bergajah yang besar dan kuat ini telah hancur, seperti daun daun yang berlubang lubang persis dimakan ulat. Kaabah selamat namun Abrahah, saorang Raja Nasrani Abessinia dari Yemen dan segala bala tenteranya telah hancur lebur.

Burung ababil juga diambil sempena nama ini sebagai senjata perang Iran iaitu UAV (Unmanned Aircraft Vehicle) yang mampu membawa peluru berpandu yang berkuasa tinggi. Bagi kita orang Islam, burung ababil sememangnya layak sangat dikaitkan dengan nama pemusnah bagi musuh musuh ugama kita.

5 comments:

Cikgu Farish said...

SALAM. Uncle... Salam Maulidur Rasul.. ada sarjana kata Ababil itu merupakan satu konotasi teknologi hebat (seperti pesawat tempur) yang ALLAH turunkan menghalang penaklukan Baitullah. Kita... manusia juga teknologi hebat yang ALLAH cipta yang mana,.. suatu teknologi (kita la..manusia) boleh menghasilkan pelbagai lagi teknologi yang hebat (macam komputer, kapal angkasa dsb.)

Kadang-kadang sumber internet tak jugak boleh kita percaya bulat2... Tgk burung dalam gambar tu, macam susah nak percaya dia boleh pegang batu panas...

Apa pendapat uncle?

Tattibau said...

Terima kasih Cikgu kerana sudi menjengok dan juga memberi komen. Memang benar kenyataan Cikgu itu, Tuhan memberi bantuan kepada yang benar (Islam) dari sejak dunia didiami hingga hari kiamat. Namun manusia tidak mampu memahami caramana Tuhan membantu. Maka ketika itu hanya burung sahaja yang manusia tahu datang dari langit. Begitu juga hal dengan Israq dan Mekraj, tunggangan Nabi SAW ialah burung BURAK ke langit.

Walaupun apa pun kita tak akan sampai ketahap pemikiran itu. Hanya kita wajib mempercayai Quran dan cerita ababil ini dari Quran.

Tattibau said...

It is reported from `Ubayd bin `Umayr that he said, "When Allah wanted to destroy the People of the Elephant, he sent birds upon them that came from sea swallows. Each of the birds was carrying three small stones, two stones with its feet and one stone in its beak. They came until they gathered in rows over their heads. Then they gave a loud cry and threw what was in their claws and beaks. Thus, no stone fell upon the head of any man except that it came out of his behind (i.e., it went through him), and it did not fall on any part of his body except that it came out from the opposite side. Then Allah sent a severe wind that struck the stones and increased them in force. Thus, they were all destroyed.''

Q41S said...

Salam, kalau tengok pada maksud di dalam Al-Quran, maksud ababil tu sebenarnya berbondong-bondong. Burung Ababil tu sebenarnya burung yang berbondong-bondong. banyak burung yang dihantar. bagaimana jenis burung tu wallahualam.

matjo said...

Gambar anda, bertajuk 'MURAI BATU (LONG-TAILED SIBIA) di tangkap di Fraser's Hill, Pahang. salah menamakan burung tersebut. Burung tu sebenar nya (White-Throated Fantail. Sila rujuk pada buku 'Birds of Borneo.