Wednesday, February 18, 2009

Roller




Saya ambil gambar ini dari internet semasa browsing. Warna bulunya sangat indah iaitu biru terang. Bentuk badannya kecil sebesar burung merbah di Malaysia ini. Burung ini dari specie ROLLER banyak terdapat di kawasan tropika Africa dan juga negeri Arab. Yang paling glamour ialah specie Broad Billed Roller, kerana ianya begitu cantik dilihat.

Burung Kunyit Besar/Black-naped Oriole (orolus chinensis)



Saya tangkap gambar ini di depan rumah saya di kampung. Ianya saekor burung yang sedang menghisap madu dari sekuntum bunga jambu. Ianya berwarna kuning pekat dan sangat indah warnanya, terang dan kuat. Bunyi kicauannya juga sangat nyaring dan ianya terbang dalam satu kumpulan 4 ekor begitu.

Saya cuba untuk mendapatkan fokas yang lebih baik tetapi gagal. Burung ini masih liar dan perlu kepakaran untuk menangkap gambarnya yang lebih terang dan cantik.

Merbah Beringin/Ochraceous Bulbul


Gambar diatas ialah burung merbah. Terdapat dua ekor burung dalam gambar dibawah. Burung yang di atas adalah burung peperit dan yang di bawahnya adalah burung merbah. Kedua dua jenis burung ini memang biasa ditemui di Malaysia. Ianya terdapat dengan banyaknya di sekitar kampung dan di hutan hutan di sekitar kampung.

Burung peperit lazimnya paling ramai semasa musim padi sedang masak. Mereka jugalah perosak hasil tuaian padi kerana bukan sahaja mereka memakan padi itu tetapi disamping itu juga padi-padi banyak terbuang ke bumi semasa mereka memakan padi tersebut. Burung peperit ini juga dikenali sebagai burung pipit dan terdapat dua jenis iaitu peperit dan peperit uban. Peperit uban mempunyai tompok puteh di kepalanya dan pernah dikaitkan dengan cerita Pak Pandir dimana Pak Pandir menyangkankan burung ini adalah Pak Lebai yang Mak Andir suruh carikan.

Burung merbah pula terdapat banyak jenis di negara kita. Yang paling banyak dan mudah ditemui ialah Merbah Beringin (ochraceous bulbul dan Alophoixus Ochraceus) yang masakini menjadi gambar setem kita yang berharga 30 sen. Merbah ini memakan buah buahan sahaja dan selalunya buah beringin, leban, keduduk dan sebagainya.

Stork



Stork ini bukanlah burung asli Malaysia. Ianya adalah jenis burung hijrah (migratory bird) yang singgah di negara kita dalam penerbangannya dari utara ke selatan atau selatan ke utara demi mengelakan dari cuaca dingin ditempat asalnya. Di Malaysia ianya kan tinggal beberapa bulan sehingga cuaca ditempat asalnya telah kembali normal.

Gambar stork di atas ditangkap di sebuah tasik tidak berjauhan dari rumah saya di Kota Damansara, Selangor. Apa yang ganjil disini ialah burung ini hanya seekor sahaja tanpa mempunyai pasangan. Terfikir oleh saya kemungkinan pasangannya telah mati atau cedera dan hilang. Maka stork yang sa ekor ini terpaksalah mencari cari pasangannya yang hilang itu.