Burung RUAK RUAK atau wak wak ni memang banyak terdapat disekitar kampung dan bandar. Ianya banyak menghabiskan masa di daratan dari terbang di udara. Kalau terbang pun nampak kekok cara dia terbang kerana tak biasa sangat gunakan kepaknya mungkin. Wak wak selalunya tinggal di tanah tanah lembab dan berair kerana di tempat ini mudah merperoleh makanan mereka seperti ulat ulat dan serangga.
Wak wak juga dikenali sebagai nama JACANA dalam Bahasa Inggerisnya dan boleh didapati diserata pelusuk dunia. Bunyinya sangat mersek dan kuat dan orang kita menamakannya mengikut bunyi nyanyiannya. Bulunya berwarna hitam dan bertompok puteh serta mempunyai kaki yang panjang demi memudahkannya untuk bergerak pantas di kawasan lopak lopak yang berair.
Orang kampung dahulu kala selalunya menangkap burung ini untuk dimakan. Yang pintar menggunakan cara 'mendekut' menggunakan serunai tapi ada juga yang lagi moden menggunakan tape-recorder yang telah dirakamkan bunyian 'dekut' ini. Selalunya banyak dapat diperolehi melalui cara ini. Kini perbuatan itu sudah pupus kerana jenis makanan lain telah sedia ada.