Saturday, March 14, 2009

Punai Tanah/Green-winged Pigeon(chalcophaps indica)


Burung punai adalah termasuk dalam keluarga burung merpati (pigeon) jugak. Terdapat lebih-kurang 250 species yang diketahui manusia yang mana dua pertiga darinya terdapat di kawasan teropik Asia Tenggara iaitu daerah yang kita diami ini.

Keistimewaan burung ini ialah mereka menyidut (suck) minuman berbanding dengan burung2 lain. Ibu merpati menyusukan anaknya melalui mulutnya, ini juga adalah keistimewaan jenis burung ini dengan burung2 yang lain. Kebanyakan burung punai yang dijumpai dikawasan kita Malaysia ialah yang berbulu hijau dengan tompokan merah di dada mereka. Ianya sangat cantik dilihat serta mempunyai bunyi yang sangat menarik.

Gambar diatas ialah sejenis burung punai tanah yang selalunya mencari makan ditanah dan terbang sendirian walaupaun lazimnya mereka adalah berpasangan. Punai pokok yang selalu kita lihat pula terbang dalam kumpulan yang besar kadangkala sampai 20 ekor. Jenis ini memakan buah2an seperti buah dendulang, leban, beringin, senduduk dan sebagainya. Dagingnya memang sedap dimakan, maka sebab itu jugalah ianya cepat pupus kerana diburu oleh manusia.

Gambar di sebelah ini pula ialah sa ekor burung punai tanah yang telah mati akibat melanggar tingkap rumah anak saya di Alam Budiman, Shah Alam. Burung ini menyangkakan dia boleh terbang terus melalui tingkap rumah ini seperti beberapa bulan sebelumnya. Malang sekali ia tidak tahu bahawa rumah itu telah siap dan telah diduduki oleh manusia.

5 comments:

Tera said...

ish3.. kesian la punai ni, awat la letak tingkap tu tmpat burung tu lalu... tk pasal2 dh trlanggar, ni mesti tingkap cermin yg buat burung tu konpius igtkan langit

Tabib said...

Pity "Punai tanah"
Green-winged Pigeon (Chalcophaps indica)

Tattibau said...

Tera: See through punya tingkap, dahtu memang dulu2nya tempat laluan dia. Malang bagi dia!

Tabib: Thanks Tabib. You are great!

FEDO said...

aksiden punai ne. Ksian...

FEDO said...

adakah ini yg di namakan dalam bahasa dusun sebagai limbukon. Warna serupa.ja ne.