Wednesday, March 4, 2009

Murai Batu/Long-Tailed Sibia



Sejenis burung yang lincah serta menarik nyanyiannya. Seperti juga murai, murai batu dengan bezanya mempunyai ekor yang panjang. Ianya terbang berpasangan dan juga berkumpulan lebih dari dua ekor. Cara terbangnya pun adalah terencat rencat. Makanannya ialah serangga dan ulat ulatan yang terdapat dipokok pokok dan juga daun daun.

Oleh kerana kelincahan pergerakan dan juga bunyi yang menarik, burung ini sentiasa menjadi buruan penngemar burung untuk buat belaan. Burung ini dikawal dan memerlukan lesen untuk membelanya.

Gambar kedua dua ekor burung murai batu ini saya tangkap dari bilik hotel saya, Pine Resort di Fraser Hill.

4 comments:

Anonymous said...

salam pg tok tatti... murai cina ade tk??? yg ada jalur putih kat dada ngan ekor tu.

ANUAR ZAIN said...

Ada dah, entry 25 Feb dulu. Murai Cina ya, saya panggil murai jer. Murai nilah yang jadi bahan cerita Video Hari Raya Petronas tu.

Anonymous said...

tok tatti... nape tak letak shoutbox? senang tera nak jerit2 kat cni... hehe! windu

Unknown said...

Nice blog.
Saya juga punya blog yang membahas tentang burung murai batu (MB). http://muraibatuaceh.blogspot.com/