Burung Murai Batu memang banyak terdapat di puncak Fraser's Hill. Malahan ianya sentiasa bermain main serta mencari makan dipokok pokok di luar tingkap hotel. Di sekitar hutan dan ditepi tepi jalan memang sangat banyak terdapat burung ini berterbangan.
Saya terjumpa burung ini yang hampir melanggar kereta saya semasa saya meronda ronda sekitar jalan di Bukit Fraser ini. Saya memberhentikan kereta dan sempat memerhatikan gelagat burung ini. Kemudian saya ternampak dia terus menuju sarangnya dan memeram sebentar. Sarangnya pula, alahaiii kecillah sangat. Muat muat untuk punggungnya saja. Burung ini langsung tak kisah saya memerhatikannya dan juga menangkap gambarnya.
Sungguh jinak sekali burung-burung di sini. Malahan saya sempat menangkap gambar dua jenis burung yang sedang mengeram. Kalaulah di kampung saya, susah harap dapat peluang begini. Burung2 di sini sudah faham sangat bahawa manusia adalah sahabat mereka. Alangkah indahnya jika keadaan begini sama dimana mana sahaja!