Monday, March 16, 2009

Bebirek


Burung bebirek biasanya kita lihat di petang hari dan ianya terbang dengan riangnya serta bunyinya yang enak sentiasa meriohkan keadaan sekitar. Mereka terbang berselang seli dengan burung layang layang yang selalunya banyak sekali kelihatan selepas hari hujan. Ini adalah disebabkan dikala itu banyak ulat ulat berterbangan di udara dan itulah pun makanan kegemaran mereka. Burung ini sangat banyak terdapat di kampung kampung dan juga di pekan dan di bandar.

Burung ini sangat cantik dengan mempunyai bulu yang berwarna warni dan nyanyian mereka juga sangat indah didengar. Ianya tergulung dari kumpulan burung yang patut sangat di jaga dan dihargai kerana keunikan bunyi dan warnanya.

Burung bebirek ini juga dikaitkan dengan mitos dahulu kala yang ianya adalah anjing kepada hantu raya. Sekiranya pada lewat tengah malam kedengaran bunyi burung bebirek ini dalam satu kumpulan menyalak (bunyi nyanyian mereka) maka kononnya hantu raya sedang lalu di kawasan itu. Bebirek inilah sebagai body-guard hatu raya tersebut dalam mencari habuanya. Saya pun pernah mendengar bunyi burung bebirik ini semasa kecil kecil dahulu dan sudah pasti ianya sangat menakutkan. Begitulah cerita dongeng yang dibawa oleh orang orang tua dahulu kala.