Burung serindit adalah salah satunya burung yang terlaju terbangnya. Pukulan kepaknya boleh kedengaran bunyinya seperti bunyi motor kecil yang berkuasa tinggi. Disamping itu juga warna bulunya sangat cantik dan berwarna warni. Biasanya serindit terbang berkumpulan dan tinggi terbangnya.
Untuk menyara ketangkasannya terbang laju dan tinggi maka makanannya juga adalah dari makanan yang berkhasiat tinggi iaitu madu dan juga manisan manisan (nectar) yang diperolehi dari bunga yang sedang kembang. Bunga dedap memang salah satu bunga kegemaran burung ini.
Speci yang sama tetapi saiz yang besar sedikit ialah tanau. Keindahan warna tanau ini juga menyerupai keindahan serindit juga. Tanau juga menghisap manisan bunga dan juga memakan buah buahan seperti rambai, rambutan dan langsat. Oleh kerana keindahan warnanya dan bunyinya yang amat lunak, burung ini sering dibela oleh orang kampung. Sangkarnya pun adalah istimewa berbentuk oval dan tiang tengahnya boleh berputar kerana burung ini suka bermain jimnastik dalam sangkar tersebut.
Serindit Melayu adalah juga dikenali nama saintifiknya 'loriculus galgulus'.