Friday, February 20, 2009

KECAWI



Burung kecawi bewarna hitam ini mempunyai identiti tersendiri kerana ekornya ada dua helai bulu yang berlebihan. Mungkin di Malaysia hanyalah burung kecawi sahaja yang mempunyai ekor yang istimewa ini. Ia selalunya terbang berkawan dan ada kalanya juga dilihat ianya terbang dalam kumpulan 4/5 ekor. Mereka terbang dari pokok ke pokok untuk mencari ulat ulat dan serangga sebagai makanan lazim mereka.

Yang menarik kecawi ini ialah kemampuannya untuk menagajuk bunyian burung-burung lain dan juga bunyian binatang peliharaan seperti kucing, monyet dan anjing. Kecawi pernah menyerang kanak kanak kerana anak burung tersebut telah diganggu seperti juga sikap ibu ayam yang beranak kecil.

Di negara tropika lain juga terdapat burung seperti kecawi ini tetapi ianya lagi comel dengan mempunyai bulu yang berwarna warni dan sanagat menarik. Ianya ialah burung MOTMOT seperti gambar dibawah ini.

4 comments:

Anonymous said...

salam tatti... terharu coz tatti seorang yg setia pada tera selama ni, burung ada banyak kat kg tera... sll hinggap kat ranting pokok mati depan rumah... yg ekor panjang tu mmg cantik, gaya terbangnya pun indah melentok2... tp yang ekor panjang ni jantan kot.

ANUAR ZAIN said...

Takderlah, tgk gambar kat atas tu, dua dua ada ekor berjurai. Takkan ada burung gay pulak! Mereka tu sepasang sejoli tu!

Anonymous said...

hehe... zaman sekarang sape tau tatti kalau dia gay, tp tera ada tgk.. hak ekor panjang panjat yg ekor kontot (mengawan). kat gambar tu adik beradik tak.. huhu

ANUAR ZAIN said...

Sumabng mahram lah tu gamaknya!