Saturday, February 21, 2009

Burung Layang Layang



Burung layang layang merupakan burung yang sentiasa menghabiskan hayat hidupnya di udara. Bila kita lihat ke langit sudah pasti kita akan dapat melihat burung layang layang yang berterbangan indah di angkasa raya. Burung ini sudah lumrah mencari makan di angkasa raya iaitu menangkap ulat ulat yang berterbangan di udara.



Di Sarawak dan juga Sabah ada sejenis layang layang yang sarangnya cukup berharga sekali kerana boleh di buat ubat atau pun makanan kesehatan. Orang orang Cina telah mula mempromosikan makanan sarang burung layang layang ini. Di Penang pula mereka telah membuat rumah rumah khas untuk layang layang jenis ini tinggal dan kemudiaanya sarangnya boleh diambil untuk dijual. Harganya sangat lumayan sekali dan mencecah ribuan ringgit bagi 100 gram sahaja. Sarang yang mahal harganya ini adalah diperbuat sendiri oleh layang layang tersebut dengan menggunakan air liur mereka.

Layang layang yang biasa membuat sarang mereka dengan menggunakan tanah dan campuran rumput. Ianya membuat sarang dengan menempekkan sarangnya kedinding rumah atau bangunaan tinggi.

2 comments:

Tera said...

skrg ni pengusaha sarang burung layang2 dah buat kat lot2 kedai di taman2 perumahan... mmg banyak dan najis pun banyak juga dibuang di halaman orang... tera tak setuju la, sbb nak untung sifat kejirangan dh tak dijaga... cina punya keje le tu.

Tattibau said...

Sudah pastilah Tera, harganya pun tersangat tinggi sekarang. Cara mereka membuat burung layang2 ini datang buat sarang ketempat yang mereka ingini pun sudah mudah sekarang. Mereka menggunakan tape dan mainkan tape tersebut berterusan. Tape mengandungi dengan bunyi burung layang layang speci itu.