Burung RUAK RUAK atau wak wak ni memang banyak terdapat disekitar kampung dan bandar. Ianya banyak menghabiskan masa di daratan dari terbang di udara. Kalau terbang pun nampak kekok cara dia terbang kerana tak biasa sangat gunakan kepaknya mungkin. Wak wak selalunya tinggal di tanah tanah lembab dan berair kerana di tempat ini mudah merperoleh makanan mereka seperti ulat ulat dan serangga.
Wak wak juga dikenali sebagai nama JACANA dalam Bahasa Inggerisnya dan boleh didapati diserata pelusuk dunia. Bunyinya sangat mersek dan kuat dan orang kita menamakannya mengikut bunyi nyanyiannya. Bulunya berwarna hitam dan bertompok puteh serta mempunyai kaki yang panjang demi memudahkannya untuk bergerak pantas di kawasan lopak lopak yang berair.
Orang kampung dahulu kala selalunya menangkap burung ini untuk dimakan. Yang pintar menggunakan cara 'mendekut' menggunakan serunai tapi ada juga yang lagi moden menggunakan tape-recorder yang telah dirakamkan bunyian 'dekut' ini. Selalunya banyak dapat diperolehi melalui cara ini. Kini perbuatan itu sudah pupus kerana jenis makanan lain telah sedia ada.
1 comment:
Salam. Terima kasih kerana mewujudkan blog sedemikian yang mungkin akan memberikan pendedahan kepada generasi muda hari ini. Apa yang saya ingin kongsikan bersama adalah tentang burung wak wak . Ditempat saya (Sabah), ianya dipanggil KERUAK. Pada waktu saya berumur 10 tahun, saya berkesempatan memakan burung ini yang mana telah dijerat oleh ayah saya di belakang rumah sewaktu cuti sekolah, setelah saya berseloroh dengan ayah nak makan daging burung wak-wak. Ayah menggunakan jerat kaki untuk menangkap keruak ini. setiap kali masuk jerat, ayah akan memanggil saya untuk membantunya memegang burung wak wak untuk disembelih. Dalam tempoh seminggu kami memperolehi 14 ekor dan ibu memasak tumis kunyit. Rasa isinya seperti daging ayam namun agak liat sedikit mungkin faktor usia burung tersebut. Di Sipitang, Sabah masih ada golongan tua dari suku kaum KADAYAN / KEDAYAN yang mahir menggunakan seruling dan serunai untuk memanggil burung Wak-wak ini. Bagaikan ayam dipanggil makan burung2 wak -wak ini datang berkumpul di di depan sipeniup seruling / serunai dan hanya untuk suka2 dan x menangkapnya. 1 Cara lagi yang terkenal di kalangan suku KEDAYAN / KADAYAN adalah MUNDUL PUAGAM. Menyediakan rumah kecil dari daun2 dan ranting kayu dan kemudian memanggil burung untuk memasuki rumah kecil tersebut.Namun cara ini mungkin tidak lagi ketahui oleh generasi masa kini.
Post a Comment