tag:blogger.com,1999:blog-411671410433854551.post1472935342370442596..comments2023-09-26T00:00:34.309+08:00Comments on KELICAP: Ruak RuakANUAR ZAINhttp://www.blogger.com/profile/01151734429370365962noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-411671410433854551.post-64176643687681813342009-12-19T15:58:15.788+08:002009-12-19T15:58:15.788+08:00Salam. Terima kasih kerana mewujudkan blog sedemik...Salam. Terima kasih kerana mewujudkan blog sedemikian yang mungkin akan memberikan pendedahan kepada generasi muda hari ini. Apa yang saya ingin kongsikan bersama adalah tentang burung wak wak . Ditempat saya (Sabah), ianya dipanggil KERUAK. Pada waktu saya berumur 10 tahun, saya berkesempatan memakan burung ini yang mana telah dijerat oleh ayah saya di belakang rumah sewaktu cuti sekolah, setelah saya berseloroh dengan ayah nak makan daging burung wak-wak. Ayah menggunakan jerat kaki untuk menangkap keruak ini. setiap kali masuk jerat, ayah akan memanggil saya untuk membantunya memegang burung wak wak untuk disembelih. Dalam tempoh seminggu kami memperolehi 14 ekor dan ibu memasak tumis kunyit. Rasa isinya seperti daging ayam namun agak liat sedikit mungkin faktor usia burung tersebut. Di Sipitang, Sabah masih ada golongan tua dari suku kaum KADAYAN / KEDAYAN yang mahir menggunakan seruling dan serunai untuk memanggil burung Wak-wak ini. Bagaikan ayam dipanggil makan burung2 wak -wak ini datang berkumpul di di depan sipeniup seruling / serunai dan hanya untuk suka2 dan x menangkapnya. 1 Cara lagi yang terkenal di kalangan suku KEDAYAN / KADAYAN adalah MUNDUL PUAGAM. Menyediakan rumah kecil dari daun2 dan ranting kayu dan kemudian memanggil burung untuk memasuki rumah kecil tersebut.Namun cara ini mungkin tidak lagi ketahui oleh generasi masa kini.Anonymousnoreply@blogger.com