Sunday, February 22, 2009

SERINDIT


Burung serindit adalah salah satunya burung yang terlaju terbangnya. Pukulan kepaknya boleh kedengaran bunyinya seperti bunyi motor kecil yang berkuasa tinggi. Disamping itu juga warna bulunya sangat cantik dan berwarna warni. Biasanya serindit terbang berkumpulan dan tinggi terbangnya.

Untuk menyara ketangkasannya terbang laju dan tinggi maka makanannya juga adalah dari makanan yang berkhasiat tinggi iaitu madu dan juga manisan manisan (nectar) yang diperolehi dari bunga yang sedang kembang. Bunga dedap memang salah satu bunga kegemaran burung ini.

Speci yang sama tetapi saiz yang besar sedikit ialah tanau. Keindahan warna tanau ini juga menyerupai keindahan serindit juga. Tanau juga menghisap manisan bunga dan juga memakan buah buahan seperti rambai, rambutan dan langsat. Oleh kerana keindahan warnanya dan bunyinya yang amat lunak, burung ini sering dibela oleh orang kampung. Sangkarnya pun adalah istimewa berbentuk oval dan tiang tengahnya boleh berputar kerana burung ini suka bermain jimnastik dalam sangkar tersebut.

Serindit Melayu adalah juga dikenali nama saintifiknya 'loriculus galgulus'.

5 comments:

DUN Behrang 2020 said...

Betui ke ni gmbr burung serindit? Lain macam je...bukan ke paruh serindit bengkok cam kakak tua, bayan dll tu...warna ijau dan ada warna merah di leher bila dh tua...bio betui!!!

ANUAR ZAIN said...

TQ..saya ambil gambar hummingbird dari internet tu. Saya ingat hummingbird adalah serindit! Nanti saya akan ubah ya! TQ bebanyak.

DUN Behrang 2020 said...

Ok tak pe...saya pun suka gak bab burung dan memburung nih!

ANUAR ZAIN said...

YB, dah dapat dah dari Wiwekpedia! Semoga terhibur dengan wajah serindit yang betul!

KEDAHmaju said...

salam.. cantik sungguh serindit nih yer.. kat mana boleh dapat...?