Wednesday, February 18, 2009

Merbah Beringin/Ochraceous Bulbul


Gambar diatas ialah burung merbah. Terdapat dua ekor burung dalam gambar dibawah. Burung yang di atas adalah burung peperit dan yang di bawahnya adalah burung merbah. Kedua dua jenis burung ini memang biasa ditemui di Malaysia. Ianya terdapat dengan banyaknya di sekitar kampung dan di hutan hutan di sekitar kampung.

Burung peperit lazimnya paling ramai semasa musim padi sedang masak. Mereka jugalah perosak hasil tuaian padi kerana bukan sahaja mereka memakan padi itu tetapi disamping itu juga padi-padi banyak terbuang ke bumi semasa mereka memakan padi tersebut. Burung peperit ini juga dikenali sebagai burung pipit dan terdapat dua jenis iaitu peperit dan peperit uban. Peperit uban mempunyai tompok puteh di kepalanya dan pernah dikaitkan dengan cerita Pak Pandir dimana Pak Pandir menyangkankan burung ini adalah Pak Lebai yang Mak Andir suruh carikan.

Burung merbah pula terdapat banyak jenis di negara kita. Yang paling banyak dan mudah ditemui ialah Merbah Beringin (ochraceous bulbul dan Alophoixus Ochraceus) yang masakini menjadi gambar setem kita yang berharga 30 sen. Merbah ini memakan buah buahan sahaja dan selalunya buah beringin, leban, keduduk dan sebagainya.

1 comment:

merbah kunyit said...

sayangnya gambar yg tuan paparkan bukanlah merbah beringin.itu adalah merbah kapur .merbah beringin dikawal sepenuhnya manakala merbah kapur tidak dilindungi.sekadar berkongsi