Thursday, May 21, 2009

Gagak (crow)


Burung gagak adalah burung yang sangat dibenci oleh manusia. Selain dari ianya pengotor dan memakan makanan sisa makanan dari tempat sampah, ianya juga sangat cepat membiak dan membuatkan sesuatu tempat seperti pekan, bandar dan bandaraya sangat tercemar dengan kehadirannya. Malahan berbagai cara telah dibuat untuk menghapuskannya namun ianya membiak juga dengan pantasnya.

Dalam kepercayaan orang Melayu, ianya juga membawa sial. Pernah saya dengar semasa kecil2 dulu jika gagak ini terbang diatas atap rumah dan menyanyi, petandanya ada orang akan meninggal dunia. Namun ada juga kebaikkannya iaitu yang termaktub dalam Quran bahawa gagak inilah yang mengajar Qabil untuk mengebumikan abangnya yang telah dibunuhnya kerana inginkan merampas isteri abangnya yang cantik itu.

Gagak menyara penghidupan yang amat dhaif dan kotor sekali. Malahan sarangnya juga sangat tidak teratur dan hodoh sekali dipandang. Dibandaraya gagak memang sangat banyak ditemui kerana banyaknya lebihan makanan yang dibuang di nerata tempat.

Saya masih teringat lagi cerita dari emak dan nenek saya, bahawa zaman pemerentahan Jepun, gagak ini menjadi makanan untuk dijual. Mana tidaknya laku, kerana ianya dimasak kari dan dengan mudah menyerupai 'kari ayam; juga. Hehe..zaman darurat!!!

No comments: