Friday, May 29, 2009

Bangau (egret)


Semasa saya melawat kawasan paya di Kota Bahru, Perak baru-baru ini saya dapati banyak terdapat burung-burung air mendiami tempat ini. Sewajarnyalah tempat ini sebagai sanctuari bagi ratusan species burung terutamanya burung-burung yang mencari makan dikawasan paya. Burung bangau adalah yang terbanyak saya jumpai, mungkin jumlahnya ribuan terdapat disini. Burung-burung ini berkeliaran dikawasan pamah khususnya di dalam kawasan estet kelapa-bali.

Sunday, May 24, 2009

Merbah (bulbul)




Buah pokok palma ini sememangnya sangat disukai oleh burung. Hanya menunggu beberapa minit sahaja berbagai jenis burung datang silih berganti untuk menjamu selera mereka dengan buah yang lazat ini. Saya berkesempatan menangkap 2 jenis burung yang datang menjamu selera di pokok palma ini.

Thursday, May 21, 2009

Belibis


Burung belibis ini adalah burung air dan mencari makanan dikawasan paya dan kolam2. Saiznya lebihkurang 20cm sahaja dan bentuknya menyerupai betul2 semacam itek, cumanya saiznya sahaja yang amat kecil. Pemalu dan liar, dan itulah sebabnya pun sukar bagi saya untuk mendapat gambar yang lebih dekat dan tajam.

Burung belibis ini saya jumpa bermain main dengan kawan2nya disebuah lombong tinggal di kawasan Kota Bahru, Perak.

Gagak (crow)


Burung gagak adalah burung yang sangat dibenci oleh manusia. Selain dari ianya pengotor dan memakan makanan sisa makanan dari tempat sampah, ianya juga sangat cepat membiak dan membuatkan sesuatu tempat seperti pekan, bandar dan bandaraya sangat tercemar dengan kehadirannya. Malahan berbagai cara telah dibuat untuk menghapuskannya namun ianya membiak juga dengan pantasnya.

Dalam kepercayaan orang Melayu, ianya juga membawa sial. Pernah saya dengar semasa kecil2 dulu jika gagak ini terbang diatas atap rumah dan menyanyi, petandanya ada orang akan meninggal dunia. Namun ada juga kebaikkannya iaitu yang termaktub dalam Quran bahawa gagak inilah yang mengajar Qabil untuk mengebumikan abangnya yang telah dibunuhnya kerana inginkan merampas isteri abangnya yang cantik itu.

Gagak menyara penghidupan yang amat dhaif dan kotor sekali. Malahan sarangnya juga sangat tidak teratur dan hodoh sekali dipandang. Dibandaraya gagak memang sangat banyak ditemui kerana banyaknya lebihan makanan yang dibuang di nerata tempat.

Saya masih teringat lagi cerita dari emak dan nenek saya, bahawa zaman pemerentahan Jepun, gagak ini menjadi makanan untuk dijual. Mana tidaknya laku, kerana ianya dimasak kari dan dengan mudah menyerupai 'kari ayam; juga. Hehe..zaman darurat!!!

Monday, May 4, 2009

Rumah burung layang2


Gambar di atas ialah satu bangunan khas dibuat diatas sebuah bukit di Pahang. Ianya bertujuan untuk memikat burung layang-layang datang membuat sarang di bangunan ini. Jenis layang-layang yang di pikat ialah jenis yang membuat sarang dari 'air-liur' mereka kerana harga sarang2 tersebut sangatlah berharga sekali.


Pernah kita dengar di Taiping, Penang dan juga di Sarawak burung layang2 ini telah berjaya diumpan untuk membuat sarang dibangunan yang khas didirikan untuk mereka. Dengan cara ini penternak dapat menuai sarang burung tersebut dengan lumayan sekali.

Lazimnya burung layang-layang ini membuat sarang di gua-gua seperti di Miri Sarawak dan juga bangunan2 lama di Penang. Namun teknologi baru telah ditemui bilamana burung2 ini boleh di jinakkan dan diarahkan membuat sarang di tempat2 tertentu. Penternak cuma memainkan lagu2 bunyian burung tersebut melalui tape-recorder yang dimainkan berterusan dari tempat yang dikhaskan untuk mereka membuat sarang tersebut.