Friday, April 24, 2009

Burung Merbah (juvenile)

Anak burung merbah ini masih dalam sarang lagi. Namun ibu-bapanya sangat bising apabila saya datang menjengok sarangnya. Mungkin ibu-bapanya berteriak kepada anaknya supaya keluar menyelamatkan diri. Anaknya ini terus terbang keluar dan diikuti dari belakang oleh ibu-bapanya.



Saya teringat lagu Saloma berkenaan burung merbah ini yang berbunyi...

Anak punai anak merbah
Turun mari buat sarang
Anak sungai lagi berubah
Ini pula hati orang...

ceywahhhhh....
jiwanglah pulak!

2 comments:

soca said...

aii tok, sejak bila pandai brmadah tu.... hehe! jgn tkt, tk berubah punye... tok ttp sahabat kite smpai bile2

Tattibau said...

Bermadah ni dah sejak lahir kot Soca! Omputeh kato..inborn! Tima kasih Soca, sahabat ku yang setia!