Friday, April 24, 2009

Burung Merbah (juvenile)

Anak burung merbah ini masih dalam sarang lagi. Namun ibu-bapanya sangat bising apabila saya datang menjengok sarangnya. Mungkin ibu-bapanya berteriak kepada anaknya supaya keluar menyelamatkan diri. Anaknya ini terus terbang keluar dan diikuti dari belakang oleh ibu-bapanya.



Saya teringat lagu Saloma berkenaan burung merbah ini yang berbunyi...

Anak punai anak merbah
Turun mari buat sarang
Anak sungai lagi berubah
Ini pula hati orang...

ceywahhhhh....
jiwanglah pulak!

Bangau hitam (purple heron)


Burung ini mempunyai leher yang amat panjang sekali. Saya cuba jugak untuk dapatkan gambar lain tetapi tidak berjaya. Ianya jenis bangau jugak tetapi berbulu kepuh. Saiznya anggaran 50cm dan tingginya mungkin 150 cm lebih.

Salepas dibuat 'cropping' mungkin ianya lagi jelas dilihat. Ditangkap ditepi tasek lombong di kawasan Kota Bahru ke Malim Nawar. Dalam sehari pemerhatian burung di kawasan ini, inilah burung paling besar kami jumpai.

Tuesday, April 21, 2009

Kelicap


Burung kelicap ini kecil namun bunyinya tak sepadan dengan badannya. Ianya sangat nyaring dan riuh sekali apabila dia menyanyi. Selalunya saya lihat burung ini menghisap madu dari bunga2 dan paling ia gemar ialah bunga jantung pisang.

Saya berpeluang menangkap gambar kelicap ini semasa ia bertenggek didahan bunga puding dihalaman rumah kakak saya di Ipoh, Perak.





Saturday, April 18, 2009

Burung Tiong


Burung Tiong ini mempunyai bunyi yang amat lantang. Ianya selalunya terbang berpasangan dan hinggap dari pokok kepokok. Sangat mudah dijumpai kerana bunyinya yang boleh didengar dari jarak jauh sekali. Berwarna hitam, mata merah dan besarnya anggaran 30cm, ianya pemakan ulat dan serangga sahaja. Kelihatan dalam gambar ini sepasang burung tiong sedang bertenggek diatas poko kekabu.

Tuesday, April 7, 2009

Burung Antu/Buffy Fish Owl (ketupa ketupu)


Burung antu adalah sahabat manusia kerana ianya memakan tikus dan tikus adalah perosak tanaman dan juga pencuri makanan dan juga pemusnah harta-benda kita. Di kawasan tanaman kelapa sawit banyak pengusaha telah menyediakan sarang bagi burung ini supaya ianya menetap terus diladang tersebut dan membantu dalam menghapuskan tikus2 yang menjadi perosak tanaman tersebut. Sarang ini merupakan sebiji rumah kecil dihujung sebatang tiang yang anggaran 10 kaki tingginya.

Burung antu yang tertera diatas telah menyerah diri di rumah anak saya di Subang Bestari. Kemungkinan ianya telah cedera dan sukar untuk terbang kembali. Ianya telah mencari tempat perlindungan dalam kotak kasut. Anak saya telah mengubahnya ke tepi jalan semoga ianya boleh terbang kembali.

Saturday, April 4, 2009

Sekok


Burung sekok ini ialah sejenis burung pemangsa, iaitu makanannya ialah burung2 kecil, tikus dan juga ikan. Ianya lebihkurang sepupu sepapat jugak dengan helang. Sekok ini saya tangkap gambarnya di kawasan lombong di Kota Bahroe, Perak. Ada juga panggilan namanya sebagai 'siakap' di daerah lain, seperti di Negeri Sembilan ianya dikenali sebagai siakap.

Kawasan lembah dan berpaya di Kota Bahroe, Perak sememangnya banyak terdapat berbagai jenis specie burung. Saya seronok memebuat 'bird-watching' di sini dan sudah pasti akan datang lagi ketempat ini.