Tuesday, March 24, 2009

Murai Gila Gunung/White-throated Fantail (rhipidura albicollis)


Burung Murai Batu memang banyak terdapat di puncak Fraser's Hill. Malahan ianya sentiasa bermain main serta mencari makan dipokok pokok di luar tingkap hotel. Di sekitar hutan dan ditepi tepi jalan memang sangat banyak terdapat burung ini berterbangan.

Saya terjumpa burung ini yang hampir melanggar kereta saya semasa saya meronda ronda sekitar jalan di Bukit Fraser ini. Saya memberhentikan kereta dan sempat memerhatikan gelagat burung ini. Kemudian saya ternampak dia terus menuju sarangnya dan memeram sebentar. Sarangnya pula, alahaiii kecillah sangat. Muat muat untuk punggungnya saja. Burung ini langsung tak kisah saya memerhatikannya dan juga menangkap gambarnya.

Sungguh jinak sekali burung-burung di sini. Malahan saya sempat menangkap gambar dua jenis burung yang sedang mengeram. Kalaulah di kampung saya, susah harap dapat peluang begini. Burung2 di sini sudah faham sangat bahawa manusia adalah sahabat mereka. Alangkah indahnya jika keadaan begini sama dimana mana sahaja!

4 comments:

Redzlan said...

Cantik sungguh gambar ni.
The ID = Murai Gila Gunung ,White-throated Fantail (Rhipidura albicollis)

ANUAR ZAIN said...

Thanks Tabib, akan diperbetulkan namanya. Haah, cantik sekali, saya dgn anak saya spend 30 minutes watching them playing in that area. Jinak sekali dan ada sarang pulak tu!

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

Anonymous said...

You have to express more your opinion to attract more readers, because just a video or plain text without any personal approach is not that valuable. But it is just form my point of view