Thursday, June 25, 2009

Burung layang2

Masih lagi cerita di Pangkor. Selain dari burung enggang yang banyak terdapat di Hotel tempat kami menginap, saya juga asyik memerhati kawasan sekitar namun tiada berhasil. Mungkin masanya tidak sesuai untuk 'bird-watching' di kala itu.

Saya merayau rayau juga di tepi pantai untuk mencari habuan kamera, namun tidak banyak yang terjumpa. Cuma saya terjumpa burung layang2, burung balam dan murai.

Dalam perjalanan pulang saya ternampak burung merpati di jetty sebelah Lumut dan seterusnya dalam perjalanan dari Lumut ke Kuala Lumpur saya ternampak burung bangau di dalam kebun kelapa sawit.





Tuesday, June 16, 2009

Burung Enggang (hornbill)


Burung Enggamg atau 'hornbill' ada beberapa species di Malaysia ini namun yang tertera di gambar adalah yang paling banyak dan mudah sekali dijumpai. Enggang ini saya tangkap semasa menginap di Hotel Seaview, Pulau Pangkor. Ianya amat jinak sekali kerana pehak hotel sudah pun mengamalkan memberi makanan kepada mereka. Makanan yang diberi ialah buah papaya dan juga buah water-melon.


Monday, June 8, 2009

Tattibau (nightjar)



Gambar burung tattibau di atas saya perolehi dari internet. Dalam bahasa inggeris ianya dipanggil night-jar.

Dalam Bahasa Melayu selain dari tattibau ianya juga dipanggil sebagai "burung tukang" kerana pada malam hari ianya berbunyi seperti orang bertukang. Di kala senja dan subuh hari ianya berbunyi 'tatt..ti..bau' maka ianya dipanggil tattibau oleh orang kampungku dan juga kampung2 yang sewaktu dengannya.

Tuesday, June 2, 2009

Pucong



Burung pucung adalah sejenis burung-air yang menghabiskan masanya dikawasan paya dan sawah sahaja. Gambar ini diambil di kawasan paya di Kota Baharu, Perak.