Wednesday, March 4, 2009

Murai Batu/Long-Tailed Sibia



Sejenis burung yang lincah serta menarik nyanyiannya. Seperti juga murai, murai batu dengan bezanya mempunyai ekor yang panjang. Ianya terbang berpasangan dan juga berkumpulan lebih dari dua ekor. Cara terbangnya pun adalah terencat rencat. Makanannya ialah serangga dan ulat ulatan yang terdapat dipokok pokok dan juga daun daun.

Oleh kerana kelincahan pergerakan dan juga bunyi yang menarik, burung ini sentiasa menjadi buruan penngemar burung untuk buat belaan. Burung ini dikawal dan memerlukan lesen untuk membelanya.

Gambar kedua dua ekor burung murai batu ini saya tangkap dari bilik hotel saya, Pine Resort di Fraser Hill.

Tuesday, March 3, 2009

Perling Mata Merah/Asian Glossy Starling


Burung hitam yang bermata merah ini memang sangat banyak ditemui disekitar bandar dan juga pekan pekan dan kampung kampung. Ianya pemakan buah2an dan dalam gambar ini kelihatan sedang memakan buah palma yang sedang ranum masaknya. Ianya ada 2 jenis iaitu berwarna hitam dan juga berwarna kelabu. Kemungkinan yang hitam adalah jantannya dan kelabu adalah yang betinanya.

Burung sebelah ialah yang jenis kelabu. Ia juga dari kumpulan burung hitam yang saya tangkap di hadapan Hotel Malaysia, Ipoh pada petang semalam. Yang saekor ini mungkin masih kecil dan baru belajar terbang dan tinggal bersendirian di tangkai buah pokok palma ini. Pada para pembaca yang budiman pohon maklumkan kapada saya jika kenal burung ini dan beri namanya sekali. (Thanks Tabib for the ID)

Monday, March 2, 2009

Enggang


Burung enggang atau pun 'hornbill' ada terdapat beberapa species di Malaysia. Ianya sebesar ayam dan mempunyai bunyi yang amat indah sekali. Ianya menyerupai gelak yang kuat dan amat nyaring srta boleh kedengaran dari jarak yang amat jauh. Bunyinya ialah, 'oot..oot..oot..ott..ah..ahh..ahhh...ahhh.ahhhhh..ahhhhhhhh..ahhhhhhh!'

Burung yang saya jumpa ini ialah jenis yang berwarna kuning parohnya dan bulunya pun banyak warna kuning juga. Ianya terbang sekawan dan hinggap diatas pokok kelapa ditepi jalan raya di Tapah, Perak. Kebetulan waktu hampir senja dan hujan renyai pula, maka hasil tangkapan gambar saya tidaklah begitu memuaskan.

Di kawasan hutan Temenggor ada dilapurkan melebihi ribuan ekor burung ini terbang dalam satu kumpulan. Malahan masih terdapat sangat bayak lagi burung ini di negara kita. Negeri Sarawak pula burung ini adalah menjadi lambang negeri tersebut.

Saturday, February 28, 2009

Mynah/Burung Kerbau



Burung mynah adalah juga di kenali sebagai burung kerbau kerana ianya selalu berkawan dengan kerbau dan mencari makanan diatas badan kerbau tersebut. Makanannya ialah ulat, cacing dan juga kutu kutu yang terdapat di belakang kerbau tersebut. Burung ini sangat banyak didapati di sekitar bandar dan pekan pekan.

Burung mynah juga biasa dijadikan burung belaan dan mampu mengajuk percakapan manusia jika ianya diajar berbuat demikian. Bagi sebilangan penengok nasib terutamanya orang India, burung ini mereka jadikan medium untuk menengok nasib bilamana ianya telah diajar untuk mencari dan mengambil packet surat yang mengandungi coretan nasib seseorang itu.

Burung ini juga mempunyai bunyi yang nyaring dan menambahkan keceriaan alam semesta. Ianya terbang berkumpulan dan memberikan suasana yang amat meriah apabila mereka berkicauan semasa mencari makan.

Thursday, February 26, 2009

Tekukur


Burung terkukur adalah juga burung yang terjaga dan amat dikawal di negara kita Malaysia. Bunyinya amat istimewa sekali dan menjadi bunyian yang indah bagi alam raya kita. Malahan ramai orang membela burung ini kerana kemerduan bunyinya dan ada juga yang memasuki pertandingan bagi bertanding siapakah yang mempunyai burung yang paling indah bunyinya.

Disamping memakan bijian, burung ini juga hidup dengan memakan ulat dan serangga. Maka sudah pasti ianya banyak menghabiskan masa di bumi untuk mencari makanan mereka. Burung terkukur ini juga dikenali sebagai BALAM iaitu specie yang agak besar sedikit dari terkukur ini.

Tergolong dalam keluarga merpati (pigeon family) ianya sangat unik kerana satu satunya specie burung yang menyusukan anaknya. Bukanlah pula ia mempunyai tetek untuk menyusukan anaknya tetapi dengan cara memuntahkan susu tersebut dari mulutnya dan dimakan terus oleh anak anaknya.

Wednesday, February 25, 2009

MURAI


Burung murai merupakan burung yang paling mesra bunyinya di kampung. Kicauan burung murai sangat indah didengari dan orang orang tua pernah memberi takrifan bilamana burung murai berkicau nyaring dan rancak sekali menandakan ada tetamu akan datang dan selalunya ramalan ini nyata benar sekali. Keindahan kampung serta kemesraan alamnya selalu dikaitkan dengan kicauan burung dan murailah pula yang biasanya berkicau.

Burung kecil sebesar merbah ini memang tiada sepadan dengan bunyinya. Kecil tetapi deras menyanyi. Ia memakan cacing dan juga ulat ulat dan sudah tentunya banyak menghabiskan masa di atas tanah untuk mencari makan. Sarangnya pula di dalam lubang lubang kayu atau pun ada kalanya di batang enau yang berijok dan ini memudahkan ianya membuat sarang dengan kemudahan yang sudah tersedia.

Di luar negara seperti New Zealand saya pernah melihat burung ini tetapi saiznya amat besar sekali, sebesar ayam dan mereka memanggilya dengan nama MAGPIE. Oleh kerana cuaca sejuk saya tidak berkesempatan memerhati lama dan mendengar kicauannya, mungkin lagi rioh dan kuat berbanding dengan murai kita.

Burung murai ini patut benar dijaga dan dibiakkan kerana mesra alamnya yang sangat menonjol sekali. Tanpa murai, suasana kampung akan muram sekali tanpa kicauan mesra mereka. Anak anak kita membesar dengan ingatan indah seperti kicauan burung murai di kampung, maka ianya perlu berterusan sampai bila bila pun.

Sila klik URL di bawah ini untuk melihat cerita murai, iaitu Video Hari Raya Petronas yang yang mengisahkan ".....burung apa ni Bah? Burung murai nak"

http://www.youtube.com/watch?v=v6ty1OB8uEI

Tuesday, February 24, 2009

A fond memory


The house that I had just moved in was left vacant for a few years already. I was busy to make the house presentable again. After making the necessary adjustments and repairs, finally the house was nice and comfortable to live in. But then the compound was still ugly looking and I need much time to transform the compound into a lovely garden.

One evening, I was just back home from work. I was drinking a glass of water near the kitchen window when by chance my eyes came to focus to this frail little bird trying to find food in the grass. My instinct urged me to throw a slice of bread to the little bird. The poor bird saw the bread and went for it. I was so happy to see the little bird really enjoyed pecking and eating the bread.

It was not long after that; I saw more birds flew down to share the bread. Then I threw in more bread so that they could have enough to go around. From that evening, I made it a point to feed the birds. The sight of the birds enjoying their feed was worthy enough to compensate me the cost of a loaf of bread. After all a loaf of bread was only 50 cents then. I really admired them, from the little sparrow that first came, finally I saw at least 10 other species of birds came to feed every evening.

It was roughly about two months after I started feeding the birds that I saw something very amusing developing in my garden. Suddenly the trees in the garden were littered with bird nests, and small birds were starting to sing and cry from the nests. The garden became livelier with birds’ singing and frolicking in the trees.

I was so happy to learn something new from the short stay I was in that house. I have learnt that the birds can start a family if food was available for the family and for the little ones that were coming.

RAJA WALI


Burung Raja Wali atau juga Raja Udang dan dikenali juga sebagai 'kingfisher' mempunyai bulu yang cerah dan indah sekali. Bunyinya sangat nyaring dan terbangnya pun sangat laju. Burung ini sangat biasa ditemui di sekitar kampung dan bunyi nyaringnya sentiasa membuatkan suasana kampung itu selalu ceria.

Makanan utama burung ini ialah ikan. Tidak hairanlah ianya selalu dijumpai bertenggek di atas dahan atau ranting di tepi tepi sungai atau kolam untuk mencari habuanya. Burung raja wali ini membuat sarang dalam lubang tanah di tebing tebing sungai atau mana mana saja ada tebing yang curam.

Sunday, February 22, 2009

SERINDIT


Burung serindit adalah salah satunya burung yang terlaju terbangnya. Pukulan kepaknya boleh kedengaran bunyinya seperti bunyi motor kecil yang berkuasa tinggi. Disamping itu juga warna bulunya sangat cantik dan berwarna warni. Biasanya serindit terbang berkumpulan dan tinggi terbangnya.

Untuk menyara ketangkasannya terbang laju dan tinggi maka makanannya juga adalah dari makanan yang berkhasiat tinggi iaitu madu dan juga manisan manisan (nectar) yang diperolehi dari bunga yang sedang kembang. Bunga dedap memang salah satu bunga kegemaran burung ini.

Speci yang sama tetapi saiz yang besar sedikit ialah tanau. Keindahan warna tanau ini juga menyerupai keindahan serindit juga. Tanau juga menghisap manisan bunga dan juga memakan buah buahan seperti rambai, rambutan dan langsat. Oleh kerana keindahan warnanya dan bunyinya yang amat lunak, burung ini sering dibela oleh orang kampung. Sangkarnya pun adalah istimewa berbentuk oval dan tiang tengahnya boleh berputar kerana burung ini suka bermain jimnastik dalam sangkar tersebut.

Serindit Melayu adalah juga dikenali nama saintifiknya 'loriculus galgulus'.

Saturday, February 21, 2009

Burung Layang Layang



Burung layang layang merupakan burung yang sentiasa menghabiskan hayat hidupnya di udara. Bila kita lihat ke langit sudah pasti kita akan dapat melihat burung layang layang yang berterbangan indah di angkasa raya. Burung ini sudah lumrah mencari makan di angkasa raya iaitu menangkap ulat ulat yang berterbangan di udara.



Di Sarawak dan juga Sabah ada sejenis layang layang yang sarangnya cukup berharga sekali kerana boleh di buat ubat atau pun makanan kesehatan. Orang orang Cina telah mula mempromosikan makanan sarang burung layang layang ini. Di Penang pula mereka telah membuat rumah rumah khas untuk layang layang jenis ini tinggal dan kemudiaanya sarangnya boleh diambil untuk dijual. Harganya sangat lumayan sekali dan mencecah ribuan ringgit bagi 100 gram sahaja. Sarang yang mahal harganya ini adalah diperbuat sendiri oleh layang layang tersebut dengan menggunakan air liur mereka.

Layang layang yang biasa membuat sarang mereka dengan menggunakan tanah dan campuran rumput. Ianya membuat sarang dengan menempekkan sarangnya kedinding rumah atau bangunaan tinggi.