Tuesday, February 17, 2009

KELICAP


Burung atau unggas merupakan satu makhluk jadian Allah yang amat dikagumi oleh manusia. Bukan saja ianya cantik dan indah tetapi juga dengan kicauan mereka, alam menjadi begitu enak didiami. Para penyair dan penyajak sentiasa mengkiaskan burung untuk menghias serta merancakkan lagi karyanya.

Burung juga adalah menjadi makanan utama bagi manusia. Ayam merupakan haiwan jenis burung yang paling banyak jumlahnya didunia dan ayam jugalah makanan punca protein yang paling banyak dimakan oleh manusia. Seperti ayam banyak burung jenis lain yang telah dijinakkan oleh manusia kerana dagingnya. Ini termasuklah merpati, kasawari, puyuh dan sebagainya.

Dizaman Nabi Adam, burung menjadi petunjuk bagi manusia. Ini berlaku bilamana Habil telah membunuh Qabil dan burung gagaklah yang tak semena mena mengkebumikan kawannya yang sudah mati dihadapan Habil. Habil yang masih terpinga-pinga tidak ketentuan apa yang perlu dibuat terhadap jenazah abangnya terus mengikuti perilaku burung gagak tersebut.

Saya pilih tajuk blog saya KELICAP kerana ianya burung kampung. Semasa saya kecil sememangnya bunyi burung ini riuh sekali. Teringat saya semasa kecil kecil dahulu, betapa indahnya gelagat burung-burung ini dan juga betapa lunaknya nyanyian mereka. Sudah tentunya penulisan saya nanti penuh dengan rasa nostalgia mengingat kembali memori yang sangat istimewa bagi saya.