Showing posts with label balam. Show all posts
Showing posts with label balam. Show all posts

Tuesday, March 23, 2010

Grey pigeon (balam)



Sudah lama pun aku tak mencari bahan untuk blog aku ni. Cumanya gambar burung balam ini yang berjaya aku tangkap dibelakang rumahku. Ianya cukup seronok mengirai bulunya semasa bertenggek dibesi ampaian kain. Memang pun burung ini banyak terdapat disekitar tempat kita tinggal. Bunyinya cukup enak didengar, malahan ramai orang membela burung ini dalam sangkar dan menghiasi rumah mereka.

Thursday, June 25, 2009

Burung layang2

Masih lagi cerita di Pangkor. Selain dari burung enggang yang banyak terdapat di Hotel tempat kami menginap, saya juga asyik memerhati kawasan sekitar namun tiada berhasil. Mungkin masanya tidak sesuai untuk 'bird-watching' di kala itu.

Saya merayau rayau juga di tepi pantai untuk mencari habuan kamera, namun tidak banyak yang terjumpa. Cuma saya terjumpa burung layang2, burung balam dan murai.

Dalam perjalanan pulang saya ternampak burung merpati di jetty sebelah Lumut dan seterusnya dalam perjalanan dari Lumut ke Kuala Lumpur saya ternampak burung bangau di dalam kebun kelapa sawit.